Beranda » » Ajal Di Tangan Allah

Ajal Di Tangan Allah

Ditulis oleh Wawan Se pada Tuesday, July 21, 2015 | Tuesday, July 21, 2015

allah
Maksudnya:
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalambenteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), merekaberkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
(Surah an-Nisa': 78)

Allah berfirman yang bermaksud:"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu beradadalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."
(Surah an-Nisa': 78)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan.

Orang yang benar-benar mulia mahu mati di medan perang sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Khalid Ibnul Walid r.a. ketika ia didatangi tanda-tanda mati (naza'), beliau berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan (menyertai) peperangan yang banyak (sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga zaman UmarIbnul Khattab menjadi khalifah). Tubuhku dipenuhi dengan parut-parut luka akibat tusukan senjata musuh.

Tetapi kini (dukacitanya) aku mati di atas hamparanku sebagai seorang pengecut."Khalid mengharapkan mati syahid di medan peperangan tetapi Allah menentukan dia mati di atas hamparan permaidani di rumahnya bukan di medan perang, menandakan bahawa ajal ditetapkan oleh Allah, tiada siapapun boleh mengubahnya walaupun seseorang itu mengharungi banyak medan peperang.Sesiapapun bila ditentukan matinya di sesuatu tempatdia akan pergi ke tempat itu ketika sampai ajalnya.

Ini adalah penentuan dari Allah SWT.Maut akan memanggil kamu walaupun kamu berada dalam 'Buruj Musyayyadah'. Ulama berselisih pendapat dalam mentafsirkan ayat ini. Ada yang mengatakan ia bermaksud kota yang teguh dan tinggi. Setengah ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah singgahsana dan istana-istana.

Seorang raja akan mati walaupun dudukdi atas singgahsana yang dikawal rapi dalam istana.Ulama' lain berpendapat ia bermaksud berada dalam istana yang dipagari kota yang teguh.

Firman Allah yang bermaksud :"Dan kalau mereka memperolehi kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah," dan kalau mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu." (Surah an-Nisa': 78)

Ini adalah ucapan orang-orang munafiq yang hidup dalam saf orang Islam. Ulama berkata yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini ialah suburnya tanaman, anak dan keluarga semuanya berada dalam keadaan sihat.Sebaliknya apabila mereka ditimpa bencana seperti tanaman tidak subur, anak tidak sihat atau meninggal dunia mereka pula berkata ini adalah sial dari Muhamad s.a.w.

Inilah ucapan pengikut Fir'aun ketika menentang Nabi Musa a.s. sebagaimana diceritakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:"Apabila mereka memperolehi kebaikan, mereka berkata: "Kebaikan ini untuk kami semua," apabila ditimpa kejahatan mereka pula berkata: "Ini adalah sial Musa dan pengikut-pengikutnya."
(Surah al-A'araf:131).

Berkata setengah ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kebaikan itu ialah kemenangan yang dicapai dalam Peperangan Badar manakala yang dimaksudkan dengan keburukan itu ialah ujian yang diterima dalam Peperangan Uhud.Dalam peperangan Badar, orang Islam mencapai kemenangan walaupun berjumlah 313 orang sahaja.

Mereka diberi kemenangan oleh Allah dan dapat menawan musuh. Ketika itu golongan munafiq berkata: "Ini adalah dari sisi Allah. Kami tidak boleh pergi ke medan kerana keuzuran." Padahal mereka tidak berhasrat untuk berjuang bersama-sama denganorang-orang yang beriman dalam peperangan tersebut.

Tafsir Al-Quran Oleh Tuan Guru Abdul Hadi AwangTafsir Surah An-Nisa' ayat 78Ajal di tangan AllahWallahu'alam....

Bacaan Berikutnya :
http://kompasnia.blogspot.com



Bagikan Artikel :

3 comments:

  1. In1 y4ng di tunggu" guys| I0nqq t3lah m3ngh4dirkan g4me baru B4ND4R P0K3R (N3w G4m3)|
    4nda mau menjadi b4ndar|sil4k4n d4ft4r di www*i0nqq*c0m|p1n bb:*58ab14f5*

    ReplyDelete
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    ReplyDelete
  3. Gabung yuk di f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Ini pin bbmnya 5ee80afe :D

    ReplyDelete

kalo comen yang baik baik saja

 
Support : Creating Website | KompasNia | Wawan Se
Copyright © 2011-2016. BACAAN UNIK All Rights Reserved