Beranda » » Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui

Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui

Ditulis oleh Wawan Se pada Monday, December 8, 2014 | Monday, December 08, 2014

sabar dan ikhlas
KOMPASnia-Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidak mampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain.

Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akanwujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangatsukar untuk kita menerimanya.Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi.

Tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.Tetapi itulah hidup.Adakalanya kitaharus mengalami sesuatu yang pahit.Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untukredha dengan semua ketentuan yangtelah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik.Tetapi berusaha untuk ikhlasdan menyerahkan semua ini kepadaNYA.Ini akan menenangkan hati yang gelisah.

Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan,Allah akan memberikanketenangan yang luar biasapada hati kita.

Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA.

Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita.

Itu berarti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA.Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan.

Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.Terima Kasih Ya ALLAH untukkasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepadakami.

Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepadahamba-hambaMu yangEngkau sayangi.Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.

Bacaan Berikutnya :
http://kompasnia.blogspot.com



Bagikan Artikel :

0 comments:

Post a Comment

kalo comen yang baik baik saja

 
Support : Creating Website | KompasNia | Wawan Se
Copyright © 2011-2016. BACAAN UNIK All Rights Reserved